Aku
seorang pelajar. Sekarang sudah tahun ketiga aku di Universiti Malaya yang
tercinta ini.. Aku bersyukur sebab dianugerahkan teman-teman yang sangat baik.
DPO5 ( syirah, bie, Qirin, Uchue, Nisa). Taman Botani Selangor menjadi saksi
tercetusnya persahabatan yang erat ini.
Perasaan
yang tidak dapat aku gambarkan ..Ya Allah..Maha Suci Allah…Temanku yang ku
kenali sangat baik dan memahami. Tapi dengan syarat berkawan ikhlas kerana
Allah.
Syirah
seorang yang periang tetapi hatinya lembut bagaikan bantal busuk dia. Sangat
sensitive orangnya dan amat garang. Boleh jadi juga seorang yang panas baran. J Tiada ciri-ciri seorang menantu yang
baik langsung. Tapi, dia seorang yang sangat rajin dan bersih orangnya. Syirah
tidak suka biliknya berselerak dan sentiasa kemas. Yeke??hahaha
Bie
seorang yang baik hati giler membuatkan semua orang senang berkawan dengan dia.
Seorang yang tidak kedekut dan sangat memahami. Bie mempunyai kelebihan
daripada teman yang lain kerana ketawanya yang agak sopan berbanding teman yang
lain. Bie juga mempunyai keyakinan diri yang tinggi membuatkan dia menjadi
seorang yang berani dan tidak gentar apabila membuat pembentangan.
Qirin…Hahaha..seorang
yang sangat aku suka. Seorang yang tidak ambil kisah dan baik hati dan mempunyai tahap kecomelan yang agak
tinggi. Garang dan agak ganas juga membuatkan hidup aku menjadi bererti.
Kesana-kesini hanyalah aku dengannya. ‘Like a twin’. Qirin juga seorang yang
berani dan merupakan juga tempat aku meluahkan persaan aku. Aku rasa semua tentang
family aku dia tahu. Aku tercerita. Hahaha.. Bole gitu??xpe.. itula namanya
teman. Kepercayaan tunas persahabatan kami semua.
Uchue
..Haa..part ni aku suka..Uchue seorang yang sangat manja dan mengada-ngada tapi
dia sangat baik . aku rasa mungkin dia rasa dia anak bongsu kot. Hahaha..tapi
xketersampaian lahirnya adik dia di dunia. Uchue juga mempunyai tahap
keberanian yang tinggi dan mempunyai bakat yang tersembunyi. Nampak aje macam
tu tapi berani handle projek besar . aku sangat mengaguminya. Lagi satu,
fuhh..exam 4 rata beb. Pandai siot.
Sangat beruntung berkawan dengan diaorang semua.
Nisa…heheh..
aku suka juga. Seorang yang mempunyai matlamat dan baik hati giler. Nisa
walaupun seorang pelajar sains tapi dia berkawan dengan kami tanpa mendiskrimasikan
kami dengan budak sains yang lain. Nisa suka tolong orang disaat yang akhir.
Kalau teman yang lain sudah habis idea nanti muncullah ideanya yang fresh tu.
Keyakinan diri nisa sangat bagus dan kepandaian terselah itu menyebabkan
teman-teman yang lain menjadi cemburu. Persaingan sihat katakan.
Hehehe..Mempunyai tahap kepimpinan yang sangat bagus. Kerja mahu clear dan
berkualiti. Fuhhh..hebat giler…
Ok
lar…sampai sini je laa.. nanti sambung lagi… hahaha..thanks for reading…to be continued…